PERJALANAN
EN HIN @
TERAJU SOLIHIN SERVICES

BAGAIMANA BERMULANYA TSS

Tahun 2000, bermulanya.....

Idea menceburi bidang perniagaan bermula pada tahun 2000 apabila En Hin mula menjalankan perniagaan burger (stall) secara sambilan sejak sekolah menengah lagi. Selepas menghidu beberapa peluang perniagaan, beliau mula mencuba. Oleh kerana tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk menghasilkan produk sendiri, En Hin bermula dengan menjual produk jenama Ramly Burger. Ketika itu, hampir dua (2) tahun menceburi bidang tersebut hingga berjinak dalam bisnes lain seperti automotif, kontraktor, agensi kewangan, perakaunan, telekomunikasi, agrotech, percetakan, teknologi maklumat (IT), teknologi bio (nano) serta makanan dan pengilangan. Ini berterusan sehinggalah tertubuhnya TSS pada tahun 2017.

MENGEMBANGKAN SAYAP

Bergerak dengan lebih agresif, En Hin telah berjaya melahirkan anak syarikat serta syarikat konsesi lain. Sepanjang penglibatan dalam bisnes, beliau telah memiliki lima (5) syarikat sendiri dan memdapat kerjasama dari dua belas (12) syarikat lain. Beliau turut terlibat dalam pemasaran secara affiliate, iaitu menjana komisen dengan cara memasarkan produk-produk dari rakan niaga lain.

Pada tahun 2017, En Hin mula terlibat dalam membina serta membangunkan sistem yang diintegrasikan oleh empat (4) elemen dalam bisnes iaitu PRODUKSI, PEMASARAN, PENGURUSAN dan PERAKAUNAN yang diberi nama WEBSITE AUTO PILOT (WAP). Pada tahun yang sama juga, beliau mula menganjurkan seminar secara serius tentang ilmu-ilmu bisnes. Beliau telah menjalankan kajian tentang strategi, setting dan features yang terdapat dalam sistem yang dicipta serta mengaplikasikannya pada produk beliau sendiri.

MULA MENGAJAR

Pada tahun 2004, En Hin mula mengajar dan berkongsi ilmu panduan bisnes yang dinamakan 4P. Kemudian bermula pada 2017, beliau mula mengajar secara serius dengan Program Pendidikan Perniagaan serta Pengurusan Kewangan yang lain seperti Financial Freedom Technique (FFT), Basic Business Technique (BBT), My Business Plan (MBP), Quick Win Marketing (QWM), Accounting System Class (ASC) dan Business Management Technique (BMT).

Tidak lama selepas itu, beliau mula mengabungkan asas-asas dari modul berikut lalu mewujudkan seminar S.E.M.A.N.G.A.T yang membawa maksud Selagi Engkau Melangkah Api Nak Gagal Akan Terpadam.

Beliau juga pernah mengalami kebankrupan dan bangun bangkit semula, beliau telah mendapat banyak pengalaman jatuh naik dalam dunia bisnes yang boleh dikongsikan dengan usahawan lain.

Pada tahun 2010, En Hin mula menganjurkan kelas Financial Freedom Technique (FFT). Pada peringkat awal penganjuran, 20-30 orang telah hadir ke program ini. Beliau mula mengajar dan berkongsi tentang teknik dan strategi pengurusan kewangan kepada peserta. Bermula dari saat itu, jumlah pelajar yang menyertai kelas beliau semakin ramai dan bertambah. Beliau dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan bisnes serta pengurusan kewangan yang meliputi bermacam-macam kategori bisnes dan pekerjaan.

Pada masa yang sama, En Hin turut dijemput untuk berkongsi ilmu pengurusan bisnes dan pengurusan kewangan oleh syarikat-syarikat, badan badan kerajaan, persatuan usahawan, koperasi, yayasan dan pelbagai agensi lain. Sebahagian besar strategi perniagaan dan kewangan yang dianjurkan oleh En Hin adalah based on experience.

ASAL-USUL NAMA TERAJU SOLIHIN SERVICES (TSS)

Pada tahun 2017, En Hin lebih banyak berkongsi ilmu pengurusan bisnes dan kewangan secara Personal Coaching selepas beliau mendapati cara itu lebih dekat dengan peserta serta dapat merangka jadual perlaksanaan secara custom kepada peserta berbanding perkongsian secara umum. Sehinggalah pada satu hari, seorang peserta beliau, Puan Umirawati menghadiri sesi Personal Coaching mencadangkan nama berikut untuk diguna pakai sebagai nama syarikat. Di waktu itu, En Hin tercari-cari branding dan nama yang sesuai dengan program-program yang telah dan bakal dikongsikan.

Di saat-saat akhir, idea pon hadir. TSS, itulah ilham gelaran yang pada asalnya hanya ingin digunakan untuk mendaftar perniagaan Umirawati, namun nama tersebut terus melekat sehingga sekarang.

Bermula saat itu, En Hin mengambil keputusan untuk terus fokus kepada latihan mengenai pengurusan bisnes serta kewangan dan dari saat itulah bermulanya TSS!

Kini website ilmubisnes.com dan page ilmu bisnes turut dibina.

TSS @ MEDIA SOSIAL

Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Kami

  • 011-1122 1011
  • No 59, Tingkat 3, Jalan Tuanku Antah, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Atau Emel Masalah / Pertanyaan Anda Kepada Kami

Close Menu
×

Cart