Laporan CRIF

Dapatkan Laporan CRIF dengan harga serendah RM15.90.

Anda Mahu Menilai Rakan Niaga, Pembekal dan Pelanggan Sebelum Meneruskan Urus Niaga?

Setiap usahawan mesti pernah rasa “tak dapat bayaran” walaupun kerja dah siap sepenuhnya. Kadang-kadang dah 2 tahun pun masih belum dapat bayaran lagi. 

Bila bayaran sangkut, kita nak teruskan perniagaan pun mungkin dah kurang modal. Kadang-kadang ada usahawan yang terpaksa “bungkus” sebab tak berjaya nak dapatkan bayaran daripada pelanggan. 

Sebab inilah perlu ada cara menilai bakal pelanggan dan bakal pembekal supaya aliran tunai tidak tercekik.

Salah satu cara terbaik adalah membeli dan memeriksa Laporan Syarikat dari pihak penyedia maklumat syarikat seperti CRIF. 

Laporan CRIF boleh membantu anda memeriksa:

  • Pengesahan pemilikan
  • Siapa pemegang saham dan tim pengurusan syarikat?
  • Status syarikat – masih beroperasi atau tidak? 
  • Adakah syarikat itu pelanggan atau pembekal berisiko tinggi dari segi keupayaan pembayaran atau pembekalan? 
  • Penilaian kelayakan terma kredit – berapa hari tempoh pembayaran yang patut diberikan  (14 hari, 30 hari atau lebih)?
  • Adakah prestasi kewangan syarikat tersebut sihat?
  • Jika syarikat itu bakal pelanggan, mampukah syarikat tersebut membayar servis yang anda ditawarkan?
  • Jika syarikat itu bakal pembekal, mampukah syarikat tersebut menyediakan bekalan seperti yang dijanjikan?

Bagaimana Laporan CRIF Boleh Membantu Perniagaan Anda?

Dengan adanya Laporan CRIF, individu dan perniagaan boleh memeriksa keadaan kewangan bakal pembekal atau bakal pelanggan sebelum meneruskan urusan perniagaan.

  • Semak jika syarikat yang anda berurusan mempunyai status penutupan

  • Semak jika syarikat yang anda berurusan mempunyai modal berbayar sebanyak RM1

  • Semak jika syarikat yang anda berurusan mempunyai masalah likuiditi.
  • Semak pendapatan dan margin keuntungan syarikat
  • Semak aliran tunai syarikat dan trend aliran tunai

Siapa CRIF?

CRIF adalah syarikat antarabangsa yang membekalkan  perkhidmatan pengurusan maklumat kredit untuk institusi kewangan, perniagaan, dan individu. Ia diasaskan pada tahun 1988 dan berpusat di Bologna, Itali. CRIF OMESTI Sdn Bhd telah memperoleh lesen Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Apa Beza Laporan CRIF Dengan Laporan CTOS, Experian & SSM?

Perkhidmatan CRIF memberikan nilai yang besar dengan harga yang sangat berpatutan. Pada tahun 2023, mereka telah menurunkan harga “Malaysia Company Report” kepada RM15 (sebelum SST) sahaja tanpa yuran pendaftaran atau akses tahunan (RM0). Pada tahun yang sama CTOS mengenakan bayaran minimum RM480 untuk akses 6 bulan. Experian pula mengenakan caj tahunan sebanyak RM2,700.

Apa Isi Kandungan Laporan CRIF - Malaysia Company Profile?

Semua ini dengan harga serendah RM15.90 untuk setiap laporan syarikat.

Tentang Syarikat

Maklumat asas syarikat seperti nama, nombor pendaftaran, tarikh pendaftaran, alamat berdaftar dan maklumat kewangan penting.

Aktiviti Syarikat

Maklumat bidang perniagaan syarikat.

Modal dan Ekuiti

Maklumat struktur modal dan pemilikan ekuiti syarikat

Pemegang Saham dan Pengurusan

Maklumat pemegang saham dan pengurusan syarikat.

Ringkasan Maklumat Kewangan

Maklumat asas prestasi dan pelaporan kewangan syarikat.

Penyata Imbangan

Maklumat aset, liabiliti, dan ekuiti

Untung dan Rugi

Maklumat tentang prestasi kewangan syarikat lima tahun yang lalu.

Nisbah Kewangan

Maklumat tentang prestasi kewangan syarikat lima tahun yang lalu. Ini adalah satu set pengiraan yang memberikan wawasan tentang prestasi dan kesihatan kewangan syarikat. Nisbah ini dikira menggunakan pelbagai data kewangan seperti pendapatan, keuntungan, aset, dan ekuiti

Juruaudit

Maklumat juruaudit yang telah menyemak penyata kewangan

Maklumat Kewangan Lain

Maklumat caj yang dikenakan terhadap syarikat, untuk menilai kesihatan kewangan dan kelayakan kredit. Entri dalam jadual termasuk jumlah keseluruhan setiap caj, tarikh ia dibuat, dan sama ada ia telah sepenuhnya dilunaskan atau masih tidak dilunaskan.

Penyerahan Dokumen

Maklumat proses menyerahkan dokumen untuk pendaftaran atau pengemukaan kepada agensi atau pihak berkuasa kerajaan.

Testimonial

“Ada syarikat yang bagi saya cek tendang. Bila saya beli dan periksa Laporan CRIF, rupa-rupanya syarikat sudah dalam proses penutupan. Selepas kejadian itu saya akan beli Laporan CRIF sebelum mula bekerja dengan mana-mana client."
Syarifah Aminah, Freelance Designer
“Ada beberapa syarikat yang minta bayar secara ansuran untuk menyewa homestay. Saya hanya akan benarkan terma kredit tersebut jika saya rasa konfiden dengan laporan kewangan dalam Laporan CRIF."
Zainol, pengusaha Homestay
“Saya beli Laporan CRIF untuk menilai syarikat yang mahu saya menjadi model kepada pakaian mereka. Ini untuk memastikan syarikat itu mampu melunaskan pembayaran. Sebelum ni ada syarikat yang tak bayar habis.”
Ayu, Model Pakaian Muslimah

Eh.. Patutkah Saya Beli Laporan CRIF Untuk Syarikat Saya Sendiri?

Sangat patut! 

Maklumat syarikat anda akan dilihat oleh bakal pelanggan, pembekal dan institusi kewangan untuk menilai keupayaan kredit dan pembayaran. Anda sebagai empunya syarikat harus tahu apa yg ada dalam Laporan CRIF dan cuba untuk memperbaiki penyerahan dokumen dan pelunasan hutang supaya syarikat lain mahu berniaga dengan syarikat anda.

Bagaimana Nak Beli Laporan CRIF?

Tekan butang dibawah untuk medapatkan harga promosi serendah RM15.90 untuk setiap “Malaysia Company Report”