BERSEDIA MENERIMA
Pernahkah anda tertanya mengapa penjualan anda tidak memberansangkan walau anda telah melakukan segala usaha??
JUGA
Pernahkah anda tertanya mengapa penjualan anda memberansangkan sedang anda hanya melakukan beberapa sahaja usaha ??
JAWAPAN NYA IALAH
Kerana anda BERSEDIA
sudah BERSEDIA
atau
belum BERSEDIA
BERSEDIA dengan HATI mampu meningkatkan keyakinan diri untuk menarik serta membuka 1001 pintu rezeki. Lakukan dengan hati yang ikhlas kerana semasa akad penjualan berlangsung beri seluruh hati anda dengan jiwa yang tenang agar pelanggan anda jua merasai keikhlasan anda menjual ini boleh membantu anda menjual terus kepada EMOSI pelanggan .
BERSEDIA dengan ILMU mampu menjadikan anda seorang yang PAKAR dalam bidang perniagaan yang anda ceburi. JANGAN sesekali bertanya KENAPA pelanggan tidak membeli sebaliknya bertanya BAGAIMANA pelanggan mahu membeli. Senarai segala jawapan yang anda perolehi kerana ianya adalah IDEA yang mampu dipraktikkan.
BERSEDIA dengan JENAMA mampu menjana penjualan yang berulang tanpa prasangka TETAPI perlu diingat jenama anda mudah diingat serta disebut. Diri anda jua adalah satu jenama
BERSEDIA dengan KAKITANGAN jua salah satu persediaan PENTING kerana kakitangan adalah ASET syarikat yang paling berharga. Latih dan terus latih kakitangan anda dan terapkan kesinabungan diri bersama agar kedua belah pihak jelas syarikat adalah sumber rezeki utama mereka yang perlu dijaga rapi.
BERSEDIA dengan KUALITI mampu menjadikan produk serta perkhidmatan anda menjadi KEGEMARAN pembeli ianya Akan menjadi pemberhasilan pasaran mulut ke mulut yang ternyata tidak melibatkan sebarang kos permasaran. Sediakan SOP produktiviti agar kualiti barang an serta perkhidmatan anda dikekalkan.
BERSEDIA dengan JADUAL yang telah disunsun rapi termasuk PLAN B tidak salah jua jika anda bersedia dengan PLAN C. Disiplinkan diri anda melaksanakan segala yang telah dijadualkan dengan masa menjadi intipati
BERSEDIA dengan TEKNOLOGI Akan banyak membantu anda mempercepat serta memperkasakan urusan penjualan maximakan penggunaan seperti talifon pintar CIPTA platform tempahan dengan laman sensawang .
MOGA IANYA MEMBANTU
Ianya antara modul Program Pendidikan Basic Business Technique (BBT)
Assalamualaikum
En Hin
FounderTSS