Ilmu Bisnes | 5 Modal Bisnes

Ilmu Bisnes | 5 Modal Bisnes

Cara Terbaik Untuk Mempunyai Modal Perniagaan Dengan Ilmu Bisnes

“Ya benar, untuk memulakan perniagaan, kita memerlukan MODAL. Ianya tidak boleh disangkal apa lagi dinafikan. Maka ketahui 5 MODAL asas mengikut turutan berpandukan ilmu bisnes dari En Hin. Baca sehingga habis dan pastinya bermanfaat untuk usahawan seperti anda.

1) Modal Diri

Ini yang utama dari yang lain , ‘Jual Diri’ kita dahulu kerana terlalu banyak kelebihan yang ada dalam diri masih belum diguna pakai. Masimakan kelebihan diri minimakan kelemahan diri. Cari kekuatan diri kita di bahagian produksi atau di bahagian pemasaran atau di bahgian pengurusan atau di bahagian perakaunan.

2) Modal Ilmu

Jika kita bertanya pada orang yang salah maka kita ‘mendapat’ jawapan yang salah , maka cari pendidik yang terbukti berjaya dalam dunia keusahawanan , pelajari (walau berkuli) implikasi serta tambah baik dari masa ke semasa.Empat (4) asas ilmu keusahawanan yang perlu dilengkapi :Pengurusan Pemasaran Perakaunan Produksi

3) Modal Kemahiran

Dengan ilmu yang ada kita mampu menilai diri di mana kekuatan dan kelebihan kita dari Empat (4) asas ilmu .Tiada manusia yang sempurna mampu melakukan kesemua , ada yang berkemahiran dalam pengurusan sebaliknya sukar menguasai pemasaran , ada yang berkemahiran dalam pemasaran sebaliknya sukar menguasai perakaunan , ada yang berkemahiran dalam perakaunan sebaliknya sukar menguasai produksi.

4) Modal Sosial

Maka dengan memaximakan tiga modal diatas tiba masanya membina ‘team’ membangun syarikat jihad ekonomi secara berjemaah , gabungkan ‘kepakaran’ sesama kita menjadi ‘strong team’.Ya benar mati hanya kita seorang dan kubur masing masing tetapi mana mungkin kita kesorangan mampu melaksanakan pengurusan jasad diri.

5)Modal Kewangan

Yang ini sering dijadikan modal utama sedang ianya adalah yang terakhir tanpa perlaksanaan empat(4) modal diatas kegagalan modal insan dapat dijangka awal , jika ini menjadi modal utama maka jutaan ringgit jua ‘ghaib’ semerta.Fahami hayati segala ilmu agar tersemat dihati , FOKUS pada matlamat, DISIPLIN mengurus bijak dan BERJADUAL konsisten dengan istiqomah.Klik Sini Untuk Belajar Lebih Banyak Ilmu Bisnes-En Hin-

Menarik? Sila Share Post Ini Di....

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on telegram
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on print

Leave a Reply

Close Menu
×

Cart